Persenda agama Hindu, tiga penyampai radio ERA digantung tugas - Utusan Malaysia

Persenda agama Hindu, tiga penyampai radio ERA digantung tugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiga penyampai radio ERA FM iaitu Nabil Ahmad, Radin dan Azad Jasmin direhatkan daripada menjalankan tugas susulan kandungan video yang menyinggung sensitiviti masyarakat India.

Menurut kenyataan dikongsikan Astro Audio, tiga penyampai radio itu tidak akan ke udara sehingga tempoh yang dimaklumkan kelak.

“Para penyampai yang terlibat telah mengakui kesilapan mereka dan telah mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka. 

“Sebagai sebuah syarikat penyiaran bertanggungjawab, kami memandang serius perkara ini dan selepas pertimbangan yang teliti, kami memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga individu tersebut dari ke udara sehingga diberitahu kelak, sementara kami menjalankan siasatan dalaman ke atas insiden ini,” tulisnya dalam satu kenyataan. 

Dalam pada itu, Astro Audio juga berjanji akan melakukan saringan untuk memastikan kandungan yang dikongsikan tidak mengguris perasaan mana-mana pihak.

“Astro Audio komited terhadap kepercayaan para pendengar kami serta memastikan persekitaran media dihormati dan menyeluruh. 

“Kami sedang mengambil langkah memperkukuh proses semakan kandungan bagi memastikan program dihasilkan mencerminkan nilai dan jangkaan audiens kami.

“Kami sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa bagi memastikan pematuhan penuh terhadap kesemua garis panduan dan keperluan yang ditetapkan. 

“Kami amat menghargai maklum balas dari para pendengar dan pemegang taruh serta akan terus mendengar, belajar, dan memperbaiki diri,” tambahnya. 

Terdahulu, ketiga-tiga penyampai radio itu mengakui kesalahan mereka dan meminta maaf menerusi satu video yang dimuat naik di Instagram ERA FM.

Dalam perkembangan sama, pengurusan tertinggi stesen radio itu turut memohon maaf selain berjanji peristiwa itu tidak akan berulang lagi.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya