Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN dibuka  - Utusan Malaysia

Permohonan permit rentas sempadan kenderaan barangan ASEAN dibuka 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Permohonan Permit Rentas Sempadan Kenderaan Barangan ASEAN bagi pengoperasian di bawah Perjanjian Rangka Kerja ASEAN mengenai Kemudahan Pengangkutan Antara Negara (AFAFIST) akan dibuka bermula hari ini.

Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) menerusi kenyataan berkata,permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian melalui Sistem Pelesenan Kenderaan Perdagangan (iSPKP) di pautan https://iportal.ispkp.gov.my/.

Katanya, perjanjian AFAFIST membolehkan pengendali berlesen yang berkelayakan untuk menjalankan operasi rentas sempadan antara dua anggota ASEAN bersebelahan.

“Operasi di bawah perjanjian AFAFIST ini merupakan langkah strategik untuk mengukuhkan integrasi ekonomi di rantau ASEAN.

“Dengan memudahkan pergerakan kenderaan barangan, perjanjian ini membantu mengurangkan halangan perdagangan, meningkatkan kecekapan logistik dan perdagangan antara negara ASEAN, seterusnya menjadikan rantau ASEAN lebih kompetitif di peringkat global.

Perjanjian ini mencerminkan komitmen negara ASEAN untuk mengukuhkan integrasi ekonomi serantau,” kata kenyataan itu lagi.

APAD dalam pada itu menambah, pengendali kenderaan barangan yang berkelayakan untuk digalakkan mengemukakan permohonan rentas sempadan bagi kenderaan barangan agar dapat memperkukuh kelancaran perdagangan dan logistik di antara negara ASEAN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya