Perlis perkemas pengurusan tanah, kuat kuasa Kaedah Tanah 2024

Perlis perkemas pengurusan tanah, kuat kuasa Kaedah Tanah 2024

MOHD. Shukri Ramli (kiri) dan Aizal Mazlan (kanan) menunjukkan Kaedah Tanah Perlis 2024 yang mula berkuat kuasa 1 Januari lalu. - UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Kerajaan negeri melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian (PTG) menguatkuasakan Kaedah Tanah Perlis 2024 bagi memperkemas pengurusan tanah di Perlis.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, kaedah berkuat kuasa sejak 1 Januari lalu itu juga bagi meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan dalam menambah pembangunan serta kemudahan buat rakyat negeri ini.

Katanya, kaedah itu akan memastikan proses permohonan, kelulusan dan pemilikan lebih cekap serta sistematik.

“Selain itu, ia turut memberi fokus kepada aspek digitalisasi dan kemudahan dalam urusan tanah bagi manfaat rakyat serta pelabur yang ingin membangunkan tanah di negeri ini,” katanya di sini, semalam.

Sebagai rekod, Kaedah Tanah Perlis 2024 merupakan kaedah yang digubal bagi menggantikan Perlis Land Rules 1987 yang tidak pernah dipinda sejak 37 tahun lalu.

Sementara itu, Pengarah PTG negeri, Aizal Mazlan berkata, kaedah baharu itu bagi menyeragamkan pentadbiran tanah di negeri ini dan menggantikan peraturan tanah yang lapuk. 

Katanya, selain itu, terdapat banyak kadar bayaran dalam peraturan tanah sebelum ini tidak selari dengan peredaran zaman dan perlu dikemaskini mengikut kesesuaian.

“Contohnya solar, tahun 1987 kita tak ada lagi industri solar, namun kini Perlis di bawah kerajaan negeri memang menggalakkan industri itu. Oleh itu, macam mana kita nak kenakan hasil negeri melalui permit ke atas ladang solar atau melibatkan ubah syarat ladang solar ini?.

“Disebabkan itulah, kita perkenalkan kaedah baharu ini dan merombak peraturan tanah yang lama,” katanya. 

Katanya, semua penggunaan tanah di Perlis akan tertakluk kepada kaedah tersebut seperti mana telah dilaksanakan negeri-negeri lain. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya