Perlis mampu lonjak hasil padi hingga 30 peratus semusim

Perlis mampu lonjak hasil padi hingga 30 peratus semusim

PERLIS juga dapat menyumbang lebih 15 peratus kepada pengeluaran beras negara berbanding ketika ini hanya sekitar 11 peratus.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Perlis mampu meningkatkan hasil sehingga 30 peratus semusim melalui projek penanaman padi lima kali dua tahun yang dilaksanakan di enam lokasi membabitkan keluasan 4,957 hektar di negeri ini.

Jika ia direalisasikan, Perlis juga dapat menyumbang lebih 15 peratus kepada pengeluaran beras negara berbanding ketika ini hanya sekitar 11 peratus.

Kira-kira 17,000 pesawah di Perlis pada masa ini yang mengusahakan tanaman di kawasan seluas 30,000 hektar dalam dan luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), hanya mampu menjana hasil sekitar 135,000 tan metrik semusim.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad berkata, untuk projek bagi fasa awal, sebanyak enam kawasan terlibat di Perlis iaitu Guar Sanji, Tambun Tulang, Simpang Empat serta tiga lagi lokasi di Kayang melibatkan 2,833 peserta.

Katanya, selain prasarana yang bakal disediakan oleh kerajaan, pesawah juga perlu mengambil kira soal penggunaan benih berkualiti, faktor tanah dan disiplin tanaman dengan mengikut jadual penanaman sebetulnya bagi meningkatkan hasil tersebut.

“Ketika ini, hasil rata-rata pesawah di Perlis hanya sekitar lima tan per hektar dan sasaran kita peningkatan hasil sehingga 10 tan metrik melalui projek berkenaan.

“Jika projek ini berjalan dengan lancar, insya-Allah hasil tanaman padi akan meningkat dan dapat memenuhi keperluan beras negara.

“Namun, kita juga perlu memberi perhatian kepada penyediaan benih padi berkualiti dan memberi perhatian serius kepada masalah tanah jerlus di beberapa kawasan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kerajaan memperuntukkan RM5.4 bilion bagi meningkatkan penghasilan padi negara dengan fokus kepada pembangunan infrastruktur termasuk bagi merealisasikan penanaman lima kali dua tahun.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sebanyak RM1 billion akan disalurkan pada tahun ini bagi menjayakan projek membabitkan beberapa fasa itu seperti yang diumumkan pada Belanjawan Madani tahun lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya