Perkukuh hubungan belia dan masyarakat, MBWP anjur Program Bubur Lambuk Perdana 2025

Perkukuh hubungan belia dan masyarakat, MBWP anjur Program Bubur Lambuk Perdana 2025

KHAIRUL Rizam Abu Sama (dua kiri) semasa Program Dari Dapur Ke Hati Bubur Lambuk Perdana 2025 dan Bantuan Asnaf.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) telah menganjurkan Program Dari Dapur Ke Hati Bubur Lambuk Perdana 2025 dan Bantuan Asnaf, bertujuan bagi memperkukuh kebersamaan dalam kalangan belia dan masyarakat.

Presidennya, Khairul Rizam Abu Samah berkata, komitmen tersebut menunjukkan kesungguhan terhadap gerak kerja komuniti belia di Wilayah Persekutuan selaras konsep Malaysia Madani, sekali gus memberi keyakinan kepada institusi dan pertubuhan-pertubuhan luar untuk menjalinkan kerjasama dengan MBWP.  

“MBWP di dalam kedua-dua program tersebut telah berjaya menyantuni belia-belia dan masyarakat dan komuniti setempat secara umumnya berjumlah 4000 orang dan ini merupakan satu kejayaan buat MBWP.

“Usaha yang dilakukan oleh Majlis Belia Wilayah Persekutuan itu mencerminkan kesungguhan beliau dalam menyemarakkan lagi semangat di bulan Ramadan selain memperkukuhkan ukhwah serta menyemai nilai-nilai kemasyarakatan dalam generasi muda,” katanya.

Turut hadir dalam program tersebut, Menteri Perladangan dan Komoditi juga merangkap Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani serta Duta Besar U.A.E ke Malaysia, Dr. Mubarak Saeed Al Dhaheri.

Malah program tersebut turut ditaja Ambank, Yayasan Amal dan Kemanusiaan Zayed dari Emiriah Arab Bersatu (U.A.E) sebagai penaja utama.

“Selain rakan-rakan strategik utama iaitu Akademi Kenegaraan Malaysia Wilayah Persekutuan, Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa, Masjid Jamek Kampung Bharu dan Akademi Nak Pandai Mengaji, Ahmad Fried Chicken dan Majlis Belia Kawasan-Kawasan serta Badan-Badan Gabungan selain Badan Bukan Kerajaan NGO turut menyumbang secara langsung dan tidak langsung menjayakan kedua-dua program ini,” ujar Khairul Rizam lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya