Perjalanan ke bazar Ramadan berakhir tragedi

Perjalanan ke bazar Ramadan berakhir tragedi

MOTOSIKAL ditungganginya hilang kawalan akibat jalan licin di Jalan Persiaran Shorea, Saujana Utama, di sini, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perjalanan seorang lelaki ke bazar Ramadan berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas motosikal ditungganginya hilang kawalan akibat jalan licin di Jalan Persiaran Shorea, Saujana Utama, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd. Hafiz Muhammad Nor berkata, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 6.30 petang itu melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV).

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator kilang menunggang motosikal berseorangan dari rumahnya di Alam Perdana menuju ke bazar Ramadan Saujana Utama.

“Tiba di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan akibat permukaan jalan yang licin susulan hujan lebat sebelum itu.
“Mangsa kemudian terjatuh dan menggelongsor ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan bahagian depan kiri MPV yang kebetulan melalui lokasi kejadian dari arah Saujana Utama,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Hafiz berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Unit Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Che Hassan Ambok di talian 013-3940423 atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-61561222.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN