Perhalusi semula nikah bawah umur, elak eskploitasi

Perhalusi semula nikah bawah umur, elak eskploitasi

PERNIKAHAN di usia muda perlu diperhalusi sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penduduk di negeri ini melihat pernikahan di usia muda melibatkan golo­ngan remaja berusia bawah 17 tahun perlu diperhalusi sebaik mungkin bagi mengelakkan sebarang isu berbangkit.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, sebahagian masyarakat melihatnya sebagai satu keperluan dalam usaha membendung perlanggaran hak asasi terhadap kanak-kanak, terutama menghalang pihak tertentu mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi golongan bawah umur untuk kepenti­ngan peribadi.

Pesara kerajaan, Azuhan Ibrahim, 64, berkata, dia melihat pernikahan muda mempunyai impak baik dan buruk, namun bergantung kepada situasi seseorang.

Katanya, tidak dinafikan hasil maklumat yang diperolehi, ada dalam kalangan mereka terpaksa berkahwin kerana terlanjur atau sebagainya.

“Namun ada juga perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga dengan melihat latar belakang seseorang lelaki (bakal suami) itu terlebih dahulu. Apa yang saya lihat, kahwin muda ini kerana ada yang terlibat dengan gejala sosial atau ‘cinta monyet’, tanpa memikirkan masa depan,” katanya.

Azuhan berkata, situasi itu menjadi salah satu punca perkahwinan tidak bertahan lama, justeru mencadangkan perkahwinan bawah umur dikaji sebaik mungkin.

Dalam pada itu, pengurus sebuah pasar raya, Zaidi Hamat, 53, pula berkata, faktor utama rakyat Kelantan kahwin bawah umur adalah kerana mendapat restu ibu bapa bagi mengelakkan pergaulan bebas dan maksiat, apatah lagi di zaman teknologi kini.

Katanya, ada juga sesete­ngah keluarga yang kurang berpendidikan menganggap perkahwinan muda sebagai penyelesaian masalah.

“Sesiapa pun tidak menafikan bahawa perkahwinan antara Rasulullah dengan Saidatina Aisyah menjadi bukti bahawa perkahwinan dengan perempuan yang bawah umur dibenarkan oleh syarak.

“Mengikut realiti masa kini ada juga kelebihan dan kekurangan. Bagi saya, neutral dan perkara ini perlu dapat perhatian daripada setiap orang sekeliling terutamanya keluarga kerana ia juga boleh mengelak perkara tidak diingini seperti maksiat yang berleluasa secara terbuka,” katanya.

Sementara itu, pengusaha spa, Rosnani Seman, 51, berkata, perkahwinan muda lebih mendatangkan pelbagai persepsi negatif yang membimbangkan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya