Perdana Menteri salur sumbangan khas RM426,000 kepada pembangunan masjid di Melaka

Perdana Menteri salur sumbangan khas RM426,000 kepada pembangunan masjid di Melaka

SHAMSUL Iskandar menyampaikan sumbangan kepada bakal-bakal haji pada Program Rintis Komuniti Rakyat Madani di Masjid Nurul Hidayah, Batu Berendam, Melaka hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

MELAKA : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyalurkan sumbangan khas berjumlah RM426,000 kepada golongan asnaf, anak yatim, imam masjid dan bakal haji di negeri Melaka, sempena sambutan Aidilfitri.

Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, sumbangan khas itu menunjukkan komitmen Perdana Menteri dalam memartabatkan perkembangan dan syiar Islam, khususnya di bulan Ramadan.

“Ini bukan sumbangan tahunan tetapi sumbangan khas daripada Perdana Menteri sebagai tanda keprihatinan beliau terhadap komuniti Islam di Melaka. Sumbangan ini merangkumi RM10,000 kepada 25 masjid terpilih di tiga kawasan pentadbiran iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin.

“Manakala sumbangan RM500 kepada seramai 323 orang imam seluruh Melaka,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Rintis Komuniti Rakyat Madani Pra Syawal di Masjid Nurul Hidayah, Batu Berendam, di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Datuk Ismail Yusop.

Program anjuran J-KOM dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Negeri Melaka (ICU) itu bertujuan meraikan bakal-bakal haji, asnaf, dan anak yatim dalam usaha memperkukuh gelombang Madani di peringkat akar umbi melalui program turun padang.

Menurut beliau, sumbangan sebanyak RM10,000 turut diberikan kepada Surau Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka sebagai sokongan strategik kepada pasukan polis dalam mengimarahkan program di surau mereka.

“Sumbangan ini merupakan bukti kesungguhan kerajaan dalam mendekati rakyat dan memastikan manfaat dirasai oleh semua lapisan masyarakat, terutama dalam bulan penuh keberkatan ini,” ujarnya.

“Sebanyak 400 penerima Bakul Rahmah telah menerima sumbangan di empat masjid iaitu Masjid MITC Ayer Keroh, Masjid Tambak Paya, Masjid Ar-Razak Bachang, dan Masjid Nurul Hidayah Batu Berendam.

“Kita mahu rakyat dapat merasai nikmat Ramadan dan Aidilfitri dalam suasana penuh kasih sayang dan kemakmuran,” katanya lagi.-UTUSAN

Habis—

SHAMSUL Iskandar menyampaikan sumbangan kepada bakal-bakal haji pada Program Rintis Komuniti Rakyat Madani di Masjid Nurul Hidayah, Batu Berendam, Melaka hari ini.PIX/AMRAN ALI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya