SEBENARNYA bukan sesuatu yang mengejutkan pun perang lagu raya tahun ini bermula awal. Sebelum Ramadan pun, beberapa artis sudah melancarkan dan memberi bayangan lagulagu raya mereka. Sebagai contoh Inikan Hari Raya dendangan Andi Bernadee. Sehari sebelum Ramadan,dia meluncurkan lagu tersebut.
Begitu juga dengan Nadeera, Hael Husaini, Iman Troye hatta Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Walaupun ada yang ‘bising’ supaya masyarakat umumnya memberi fokus kepada Ramadan dahulu, hakikatnya kita tidak banyak lagu atau karya yang mengalualukan bulan penuh kemuliaan itu.
Kalau ada pun, penyanyi bergenre nasyid. Maka sampai sudah ulang pasang lagu Raihan, Maher Zain, Rabbani dan ramai lagi. Ter kir juga, tidakkah ada penyanyi pop, rock atau tradisional hendak bawa lagu Ramadan? Mungkin tahun depan ada. Poklip pun harap sama. Yelah, dalam kita meraikan Aidilfitri, kita terlebih dahulu mengalu alukan kehadiran Ramadan.
Barulah orang ada ada keterujaan untuk sambut hari raya nanti. Iya, tahu ini bukan kolum Al Baiyan. Tetapi dalam kita berhibur, Poklip mahu juga selit-selit elemen kerohanian. Supaya kita tidak lupa diri dan anggap hiburan itu semuanya melalaikan, mana ada tau. Berbalik kepada lagu raya, ada beberapa lagu yang menangkap telinga Poklip, ada yang tular di media sosial dan mungkin ada yang kurang mendapat sambutan mungkin kerana beberapa faktor.
JODOH DI HARI RAYA – DAYANG NURFAIZAH
Karya ciptaan tiga komposer, Iqie Hugh, Omar K & Shazriq Azeman ini sebenarnya berbeza daripada lagu-lagu raya lain. Lama rasanya lagu bergenre seperti ini tidak berkumandang di corong radio dan aplikasi muzik. Tetapi ada warganet beranggapan, pembawaan Dayang menerusi lagu ini agak ‘menggoda’ dan tidak sesuai meraikan lebaran itu. Dalam kata mudah, orang nak beraya bukan nak ‘menggeletis’. Bagi Poklip, tak salah pun Dayang menyanyi lagu itu dengan cara sebegitu. Nama pun Jodoh di hari raya, bukan bercakap soal makanan kan? Kira dia ibarat menanti jodoh di hari raya. Awal dia menjawab soalan ‘ha kamu bila nak kahwin?”
RAYA NAK KE MANA? -DATUK SERI SITI NURHALIZA
Tampil dengan lagu Raya Nak Ke Mana ciptaan penyanyi berbakat besar, Aisha Retno, ini adalah satu tugas berat untuk komposer muda itu menghasilkan naskhah untuk ratu lagu Aildil tri. Lagu Raya Nak Ke Mana secara keseluruhan di telinga Poklip menarik semula peminat Biduanita Negara itu kepada lagu-lagu bergenre tradisional seperti itu. Ada bunyi-bunyi maestro muzik tradisional, Allahyarham Pak Ngah. Tetapi maaf, lagu tersebut agak serabut terutama bagi telinga Poklip yang lebih mengharapkan naskhah yang alir bunyinya lebih tenang biarpun digempakkan dengan pelbagai instrumen muzik. Ini telinga Poklip lah.
TAK BALIK RAYA – UMAIRAH
Akhirnya Umairah ada lagu raya! Poklip senang melihat graf seni penyanyi muda, Umairah yang lebih tersusun selepas menyertai SN Legacy. Harapnya selepas ini ada single baharu lah ya. Melodi Tak Balik Raya ini memang kena dengan jiwa Umairah yang baru berusia 14 tahun. Tidak serabut dan ada cerita di sebalik raya. Cuma liriknya macam tidak sesuai untuk seorang pelajar sekolah. Tetapi mungkin target market lagu ini untuk mereka yang menjalani kedewasaan dengan lambakan kerja dan sebagainya. Kalau lirik itu diubah kepada cerita pelajar sekolah sambut raya mungkin lebih seronok. Mungkin?
MERIAH LAIN MACAM – HAEL HUSAINI DAN NADEERA
Lagu ini mungkin boleh dinobatkan sebagai lagu raya viral 2025. Biarpun impaknya tidak sebesar Alamak Raya Lagi (DeFam) tetapi Meriah Lain Macam berbeza dan segar untuk halwa telinga kita di pagi raya. Poklip memang tabik dengan bakat luar biasa Hael. Dia memang komposer, penyanyi dan boleh dikatakan guru yang baik selepas kejayaan menjelmakan Nadeera dalam versi yang sangat gah. Tetapi ada yang cakap lagu ini ada vibes Raya Di Rumah Dinda (XPOSE, Dina Nadzir). Bagi Poklip, tidaklah. Takkan setiap lagu duet balas membalas harus disamakan antara satu sama lain kan?