Peralihan monsun berpotensi bawa banjir kilat

Peralihan monsun berpotensi bawa banjir kilat

Banjir kilat
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fasa peralihan monsun dijangka bermula 25 Mac sehingga Mei depan sekali gus menandakan berakhirnya Monsun Timur Laut (MTL) sejak 5 November tahun lalu.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Dr. Mohd. Hisham Mohd. Anip berkata, sepanjang fasa peralihan monsun, rantau negara akan menerima tiupan angin lemah dari pelbagai arah.

Katanya, keadaan itu akan menggalakkan pembentukan awan ribut petir yang lazimnya membawa kepada kejadian hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh singkat.

Tambahnya, ia boleh berlaku di waktu petang dan awal malam di kebanyakan kawasan di barat dan pedalaman Semenanjung, barat Sabah dan Sarawak.

“Fenomena cuaca ini berpotensi menyebabkan banjir kilat serta kerosakan pada struktur yang tidak kukuh,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan hari ini.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada sepanjang tempoh itu dan sentiasa peka dengan ramalan dan amaran cuaca dikeluarkan MET Malaysia.

Semua ramalan dan amaran akan dikeluarkan melalui laman web rasmi, aplikasi telefon pintar myCuaca dan media sosial rasmi MET Malaysia. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya