Perak teruskan solat hajat, doa untuk Gaza - Utusan Malaysia

Perak teruskan solat hajat, doa untuk Gaza

SAARANI Mohamad (tengah) menunjukkan kotak juadah hari raya yang akan diserahkan kepada pasukan badan beruniform pada majlis serahan di bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perak meneruskan pelaksanaan bacaan Qunut Nazilah mahupun solat hajat sebagai doa berterusan kepada rakyat Palestin susulan serangan rejim Israel terhadap Gaza pada awal pagi Selasa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, tiada arahan perlu dikeluarkan kepada masjid atau surau di negeri ini untuk melaksanakan amalan tersebut kerana sering dilakukan semasa solat Jumaat dan Tawarih.

“Tak perlu tunggu arahan ataupun anjuran daripada Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (Jakim). Saya pun beberapa kali solat Jumaat dan Tarawih, memang ada dianjurkan atau Imam membacakan doa qunut.

“Saya tiada masalah serta mengucapkan terima kasih kepada Jakim dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Juga kepada seluruh masjid di negeri Perak. Perkara itu baik dan boleh dilaksanakan, tidak perlu tunggu arahan,” katanya semasa majlis penyerahan juadah Hari Raya 2025 kerajaan negeri Perak kepada pasukan badan beruniform di sini hari ini.

Keganasan terbaharu Israel itu dilaporkan mengorbankan lebih 400 nyawa sekali gus melanggar gencatan senjata yang sedang berkuat kuasa dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk serangan tersebut.

Semua masjid serta surau di bawah seliaan Jakim dan Jawi diarah melaksanakan solat hajat secara berterusan sebagai doa buat rakyat Palestin.

Saarani berkata, dalam doa semua umat diajak memohon dan bermunajat kepada Allah supaya melindungi rakyat di Gaza dan tempat lain.

Sebelum itu dalam majlis yang dihadirinya, Menteri Besar menyerahkan juadah Hari Raya tersebut kepada wakil badan uniform yang dibuat setiap tahun semasa pertengahan Ramadan. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya