Perak FC, NS FC kongsi mata di Manjung - Utusan Malaysia

Perak FC, NS FC kongsi mata di Manjung

PEMAIN Perak FC, Wan Zack Haikal Wan Nor cuba melepasi pertahanan NS FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium MP Manjung di Lumut hari ini. - UTUSAN/IHSAN PERAK FC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LUMUT: Perak FC dan Negeri Sembilan FC berkongsi mata selepas terikat tanpa jaringan dalam perlawanan Liga Super di Stadium MP Manjung di sini hari ini.

Keputusan itu tidak mengubah kedudukan Perak FC di tangga ketujuh liga selepas 22 perlawanan dengan mengumpul 25 mata.

Skuad Negeri Sembilan bimbingan K. Nantha Kumar juga kekal ditangga ke-12 dengan 14 mata.

Perlawanan yang bermula pukul 10 malam berikutan bulan Ramadan seimbang pada babak pertama.

Tidak banyak gerakan dan percubaan tepat mampu dihasilkan kedua-dua pasukan pada babak pertama.

Babak kedua menyaksikan pasukan tuan rumah meningkatkan asakan.

Percubaan terbaik Perak FC dihasilkan pada minit ke-66 apabila Adilet Kanybekov merembat deras dari kawasan penalti, namun penjaga gol Negeri Sembilan FC, Muhammad Aqil Abdul Razak melayangkan badan menepis bola.

Muhammad Aqil sekali lagi cemerlang menafikan peluang gol Perak FC apabila menepis bola tandukan Clayton Da Silveira pada minit ke-77.

Asakan pasukan tuan rumah pada 10 minit terakhir gagal menghasilkan gol dengan percubaan terbaik menerusi rembatan Muhammad Syahmi Shamsudin namun sekali lagi dinafikan Muhammad Aqil untuk perlawanan berakhir tanpa jaringan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya