Penyelesaian masalah dadah perlu melibatkan semua pihak

Penyelesaian masalah dadah perlu melibatkan semua pihak

SHAMSUL ANUAR NASARAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Usaha menyelesaikan permasalahan dadah perlu membabitkan semua pihak dan agensi kerajaan terutamanya masyarakat dan tidak boleh hanya dipertanggungjawabkan ke atas Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) semata-mata.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, beliau mengambil contoh kewujudan Rumah Perantaraan yang melibatkan kerjasama AADK dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) bagi membantu pemulihan bekas penagih dadah.

“Jadi melalui usaha AADK dan MAIWP ini, klien (bekas penagih) dapat menjadikan tempat ini untuk mereka berkomunikasi, mengikuti program serta memperoleh input dan rujukan yang berupaya meningkatkan kualiti hidup dalam aspek pekerjaan dan tempat tinggal iaitu tempat berehat sementara. 

“Justeru apabila semua negeri diperluaskan kemudahan sama, ia sesuatu produk yang baik serta dapat menambah lagi kualiti program sedia ada di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) yang setakat ini hanya ada di Kuala Lumpur,” katanya elepas menyertai Program Ziarah Sahur AADK di Rumah Perantaraan AADK di Kampung Bharu, semalam.

Shamsul Anuar berkata, semua majlis agama Islam negeri (MAIN) perlu mencontohi usaha sama AADK dengan MAIWP membangunkan Rumah Perantaraan bagi membantu pemulihan bekas penagih dadah.

Beliau berkata, pembukaan Rumah Perantaraan itu sejak tahun lalu adalah antara pendekatan yang baik dibuat oleh AADK dengan kerjasama MAIWP. 

“Ia menunjukkan betapa serius Kementerian Dalam Negeri dalam memastikan pasukan kami benar-benar membantu mereka yang selesai menjalani proses pemulihan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen) untuk terus pulih. 

“Disebabkan itu, kami menggalakkan majlis agama di negeri lain mengambil contoh yang dibuat oleh MAIWP yang bekerjasama dengan AADK dalam Rumah Perantaraan ini sebagai model terbaik untuk dimanfaatkan dalam membantu pemulihan klien,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini kemudahan rumah perantaraan itu dapat menampung seramai 59 klien tetap yang datang mengikuti program, sekali gus secara sendiri dapat keluar daripada masalah dihadapi mereka. 

“Berikutan rumah perantaraan ini dikendalikan MAIWP, pengisiannya lebih tertumpu kepada pengukuhan Islam di samping peserta diterapkan dengan empat perkhidmatan utama iaitu saringan, penilaian dan kemasukan klien, rujukan dan advokasi, program rawatan dan pemulihan dalam komuniti (RPDK). 

“Ia menggunakan Model i-Pulih AADK yang meliputi komponen biologi, psikologi, sosial dan spritual serta menyediakan pemadanan minat dan kerjaya (SDS-AADK),” katanya. 

Selain itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, kalangan penagih dadah dan gelandangan yang diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) akan dirujuk dengan AADK untuk langkah susulan seterusnya. 

“Untuk bermakna jika JKM mendapati orang yang diselamatkan penagih, mereka akan dirujuk kepada AADK kerana agensi ada kepakaran mengenai dadah dan kita pula pihak yang turun padang menyelamatkan gelandangan dan lain-lain. 

“Jadi mungkin kolaborasi dengan AADK akan diperketatkan dan kita akan berusaha lebih dengan Anjung Singgah ditumpukan kepada gelandangan sepenuhnya dan pengguna dadah dirujuk terus ke rumah perantaraan ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya