Penyampai 3 Pagi Era mohon maaf - Utusan Malaysia

Penyampai 3 Pagi Era mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyampai program 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Azad Jasmin dan Radin secara terbuka membuat permohonan maaf berhubung tindakan mereka yang mempersendakan agama Hindu baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuat naik di laman X, ketiga-tiga penyampai radio itu mengakui kesilapan dan bertekad tidak mengulangi kesalahan sama di masa akan datang.

“Kami penyampai program 3 Pagi Era ingin memohon maaf kepada semua pihak berkaitan video kami yang dimuat naik di laman media sosial Era, baru-baru ini berhubung aksi kami yang kurang menyenangkan dan telah menyinggung hati segelintir pihak dan sahabat-sahabat kami yang berbangsa India

“Kami akui kesilapan dan kekhilafan kami. Kami akan pastikan perkara sama tidak berulang lagi pada masa akan datang,” kata Nabil dan Radin dalam video berkenaan.

Ketiga-tiga penyampai itu mencetuskan kemarahan ramai pihak terutama sekali penganut agama Hindu atas tindakan mempersendakan agama itu dalam sebuah video baru-baru ini.

Gara-gara perkara itu, pihak pengurusan Astro memutuskan untuk merehatkan ketiga-tiga penyampai tersebut.

Azad dalam video permohonan maaf berkenaan memaklumkan mereka terbuka menerima segala komen atau kritikan untuk memperbaiki diri.

“Sekali lagi kami menyusun jari memohon maaf di atas kesilapan kami tanpa sedar yang kami lakukan. Maaf sangat-sangat kami dari Kami di 3 Pagi Era,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya