Penunggang maut digilis lori, pemandu diburu

Penunggang maut digilis lori, pemandu diburu

SEORANG penunggang motosikal maut apabila digilis sebuah lori dan dilanggar beberapa kenderaan lain dalam sebuah kemalangan tragis di Jalan Bukit Pasir, Muar.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Seorang penunggang motosikal maut apabila digilis sebuah lori dan dilanggar beberapa kenderaan lain dalam sebuah kemalangan tragis di Jalan Bukit Pasir, di sini semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, pihak polis menerima laporan mengenai kemalangan dari orang awam pada pukul 7.10 petang semalam.

Katanya, kemalangan maut berkenaan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah lori.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku semasa mangsa seorang lelaki warga tempatan berumur 41 tahun menunggang motosikal dari Bandar Muar dalam perjalanan balik ke rumahnya di Jorak, Bukit Pasir. 

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai telah bergesel dengan sebuah lori dari arah yang sama sebelum digilis oleh tayar lori tersebut. 

“Pada masa yang sama, mangsa turut dilanggar oleh beberapa kenderaan lain yang melalui jalan tersebut. Tiada kenderaan yang berhenti dan menyedari kemalangan telah berlaku kerana cuaca hujan lebat,” katanya hari ini.

Tambah Raiz Muhkliz, mangsa telah mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Usaha mengesan pemandu lori sedang giat dijalankan bagi membantu siasatan pihak polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun dan denda maksimum sebanyak RM50,000,”katanya.

Orang awam yang mempunyai maklumat atau melihat kejadian kemalangan jalan raya ini, boleh tampil ke Balai Polis Trafik IPD Muar atau mana-mana balai berhampiran bagi membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya