Penubuhan SEGiM diselaras dengan RUU Pekerja Gig

Penubuhan SEGiM diselaras dengan RUU Pekerja Gig

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kerajaan akan memastikan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) adalah seiring dengan penyelarasan Rang Undang-Undang (RUU) Pekerja Gig.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, mesyuarat Jemaah Menteri sebelum ini membangkitkan mengenai SEGiM agar ia menjadi badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.

“Mungkin yang kita harapkan adalah keserasian antara matlamat menubuhkan satu Suruhanjaya Ekonomi GIG dan juga RUU Pekerja GIG.

“Sebelum ini Kabinet telah meminta supaya Menteri Sumber Manusia, Steven Sim untuk meneliti dan mengadakan sesi libat urus yang lebih meluas.

“Jadi kita berhasrat untuk memastikan kedua-dua perkara berkenaan adalah terselaras,” katanya dalam sidang akhbar pasca Mesyuarat Jemaah Menteri di sini hari ini.

Semalam dilaporkan Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan SEGiM, yang akan memberi tumpuan kepada komponen kritikal dalam model ekonomi gig dan aspek yang memerlukan pengawalseliaan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam kenyataan berkata, SEGiM akan memainkan peranan penting dalam menyeimbangkan kepentingan penyedia platform, pekerja gig, pengguna serta semua pihak berkepentingan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya