Penjawat awam terima RM1,000, Johor salur peruntukan ringankan beban rakyat

Penjawat awam terima RM1,000, Johor salur peruntukan ringankan beban rakyat

ONN HAFIZ GHAZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan negeri memperuntukkan lebih RM30 juta bagi meringankan beban rakyat, termasuk mangsa banjir sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang beberapa hari lagi.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, peruntukan itu termasuk RM18.4 juta Bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada 90,439 golongan asnaf dan fakir miskin serta Bantuan Khas Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM5.4 juta kepada 54,901 anggota barisan hadapan seperti polis, tentera, bomba, doktor dan jururawat.

Menurutnya, sebanyak RM3.4 juta turut diberikan secara ‘one-off’ kepada 6,970 imam dan bilal.

“Antara peruntukan lain termasuk RM1.6 juta bagi pelaksanaan Jualan Kasih Johor yang berlangsung di 57 lokasi dan memberi manfaat kepada 200,000 rakyat, RM1.5 juta Bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada 5,000 Orang Asli daripada golongan asnaf dan mualaf dan RM70,000 untuk tajaan pengangkutan mahasiswa anak Johor pulang ke kampung membawa 550 mahasiswa menaiki 30 bas.

“Semua bantuan ini merupakan tambahan kepada peruntukan RM11.24 juta yang akan disalurkan kepada 3,749 Ketua Isi Rumah (KIR) berdaftar di pusat pemindahan sementara (PPS) yang akan menerima sebanyak RM3,000 dan akan diberi serentak di enam daerah yang terjejas esok,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Onn Hafiz turut mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Hari Raya Aidilfitri 2025 berjumlah RM1,000 kepada penjawat awam negeri yang akan disalurkan pada minggu pertama perayaan itu.

“Bantuan ini memberi manfaat kepada 20,821 penjawat awam negeri, termasuk yang berkhidmat di pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.

“Bantuan itu diharap dapat menjadi pemangkin terhadap penjawat awam negeri ini untuk terus berkhidmat penuh dedikasi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya