Penjawat awam Perak terima bantuan khas raya RM1,500 - Utusan Malaysia

Penjawat awam Perak terima bantuan khas raya RM1,500

SAARANI Mohamad bersalaman dengan pelajar tahfiz pada majlis berbuka puasa di Laman Seri Ridzuan, di Ipoh, Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan Perak mengumumkan bantuan khas raya 2025 sebanyak RM1,500 kepada semua penjawat awam negeri ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah itu adalah meningkat berbanding RM1,000 yang diberikan pada tahun lalu.

Beliau mengucapkan penghargaan kepada jentera pentadbiran negeri melalui kawal selia kewangan yang baik termasuk merekodkan lebihan pendapatan atau surplus selama tiga tahun berturut-turut.

“Jadi semua ini adalah merupakan rahmat dan rezeki yang diberikan oleh Allah. Alhamdulillah negeri kita ada sumber, ada mineral, ada unsur nadir bumi bukan radioaktif (NRREE) yang diturunkan oleh Allah sebagai rezeki untuk rakyat negeri perak.

“Ini merupakan nikmat. Oleh itu jangan lupa bersyukur kepada Allah. Berapa pun kerajaan umumkan, kita kena bersyukur,” katanya sewaktu menyampaikan ucapan dalam Majlis Berbuka Puasa Menteri Besar Bersama Penjawat Awam Negeri Perak di Laman Seri Ridzuan, di sini malam ini.

Bonus tersebut akan dibayar pada 24 Mac ini kepada lebih 13,000 penjawat awam negeri ini membabitkan implikasi kewangan kira-kira RM10 juta.

Penjawat awam tersebut turut merangkumi guru lantikan negeri, Orang Besar Jajahan serta pekerja sambilan harian.

Saarani mengharapkan penjawat awam negeri ini terus memberikan khidmat terbaik untuk membangunkan negeri ini berlandaskan pelan Perak Sejahtera 2030.

Dalam majlis yang dihadirinya, Saarani meraikan kira-kira 1,000 orang yang hadir termasuk barisan Exco negeri, penjawat awam serta pelajar tahfiz. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya