Penjawat awam direman bantu siasatan rasuah RM3,000

Penjawat awam direman bantu siasatan rasuah RM3,000

SEORANG penjawat awam (tengah) yang disyaki menerima rasuah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan reman seorang penjawat awam kerana disyaki menerima rasuah  kira-kira RM3,000 sebagai balasan mendaftarkan pusat jagaan milik sebuah syarikat.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood mengeluarkan perintah reman selama lima  bermula hari ini terhadap suspek lelaki berusia 30-an selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, di sini, hari ini.

Menurut sumber, suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Terengganu di sini, kira-kira pukul 12 tengah hari semalam.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut antara Julai hingga September 2023. Suspek juga disyaki menerima suapan melalui transaksi pindahan ke akaun bank miliknya,” katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengarah SPRM Terengganu, Hazrul Shazreen Abd Yazid ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya