Peniaga, penyewa boleh berpindah ke pasar awam baharu selepas Ramadan - Utusan Malaysia

Peniaga, penyewa boleh berpindah ke pasar awam baharu selepas Ramadan

BADERUL AMIN ABDUL HAMID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUTTERWORTH : Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) bersetuju melanjutkan tempoh perpindahan peniaga dan penyewa dari Pasar Awam Sementara Seberang Jaya ke Pasar Awam Seberang Jaya yang baharu sehingga 15 April depan.

Datuk Bandar MBSP, Datuk Baderul Amin Abdul Hamid berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira isu yang timbul serta rungutan yang diterima daripada pelbagai pihak sebelum ini.

“Sebelum ini, seramai 90 penyewa Kompleks Makanan Jalan Tenggiri dan 100 penyewa di Pasar Awam Seberang Jaya telah digabungkan dan ditempatkan di bangunan Pasar Awam Sementara Seberang Jaya sejak 1 Mac 2019.

“Selepas mengambil kira isu serta rungutan yang timbul, maka, kita lanjutkan tempoh untuk mereka berpindah ke pasar awam baharu dan perpindahan ini turut melibatkan peniaga di bazar Ramadan di sini yang akan beroperasi sehingga 30 Mac ini.

“Tempoh bayaran sewaan yang dikenakan terhadap peniaga juga hanya akan berkuatkuasa mulai 1 Mei nanti,” katanya dalam sidang akhbar di Menara MBSP di Bandar Perda di sini, hari ini.

Beberapa hari lalu, sekumpulan peniaga dan penyewa yang terlibat mengeluh kerana menerima arahan untuk mengosongkan Pasar Awam Sementara Seberang Jaya itu sebelum 7 Mac ini dan bersedia untuk berpindah ke pasar awam yang baharu.

Mereka berharap, tempoh perniagaan di premis terbabit dapat dilanjutkan sekurang-kurangnya sehingga akhir bulan Ramadan nanti bagi memudahkan segala persiapan dibuat.

Wakil peniaga, Fuziah Derani, 62, berkata, arahan tersebut bukan sahaja menyukarkan peniaga, malah, merencatkan kerja memandangkan kebanyakan peniaga yang terlibat akan berniaga di bazar Ramadan.

“Kami sudah berhabis ribuan ringgit untuk membayar sewa tapak bazar Ramadan. Jadi, memang sukar untuk berpindah pada waktu itu kerana ia akan menjejaskan perniagaan di bazar pula.

“Kami memang tidak ada tentangan untuk berpindah ke pasar baharu, asalkan selepas bulan puasa atau selepas selesai bulan Ramadan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya