Peniaga PAT 2025 terjejas terima pampasan - MB - Utusan Malaysia

Peniaga PAT 2025 terjejas terima pampasan – MB

PENIAGA PAT 2025 yang terjejas sedang dalam proses menerima pampasan susulan tapak lokasi penganjuran di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang, Arau, yang berlumpur ekoran hujan lebat, sebelum ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Peniaga Pesta Angin Timur (PAT) 2025 yang terjejas selepas menghentikan perniagaan susulan tapak penganjuran pesta berkenaan di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang di sini diselimuti lumpur tebal, bakal menerima pampasan.

Menteri Besar, Mohd. Shukri Ramli berkata, bayaran berkenaan sedang dalam proses selepas syarikat yang mengendalikan peniaga PAT 2025 telah bersetuju untuk memberi sedikit pampasan kepada peniaga.

Katanya, secara keseluruhan, bayaran pampasan kepada kira-kira 170 peniaga terlibat itu adalah berjumlah RM35,000.

“Buat masa ini, pampasan sedang dalam proses pembayaran dan tuntutan perlu dibuat atas nama peniaga itu sendiri,” katanya di sini hari ini.

PAT 2025 yang berlangsung di Kampung Lat Seribu, Tambun Tulang di sini baru-baru ini  terjejas selepas kawasan berkenaan digenangi air dan diselimuti lumpur tebal serta berlecak susulan hujan lebat.

Ekoran itu, 170 lot perniagaan terpaksa ditutup, menyebabkan kerugian kepada peniaga malah beberapa aktiviti juga terpaksa dibatalkan atau dipindahkan ke lokasi lain bagi memastikan pesta terus berjalan.

Mohd. Shukri dalam sidang akhbar selepas melawat lokasi tersebut pada malam pertama pesta berkenaan berkata, meskipun berlaku sedikit bencana berikutan hujan lebat, namun PAT 2025 tetap akan diteruskan selepas masalah yang berlaku dapat diatasi.

“Dengan bantuan Allah SWT, kita dapat selesaikan segala permasalahan bersama sokongan semua urus setia dan rakyat yang memeriahkan PAT 2025 walaupun terpaksa membuat perubahan lokasi.

“Insya-Allah, pengalaman tahun ini akan mematangkan kita kita di masa hadapan dalam pengurusan PAT,” katanya. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya