PARIT: Walaupun berdepan kenaikan harga santan, seorang peniaga lemang di Lambor di sini tidak berhasrat untuk menaikkan harga jualannya termasuk semasa hari raya nanti. Rosli Mohd. Natin, 60, berkata, dia masih menjual lemang pada harga antara RM10 hingga RM12, sebatang mengikut saiz. Mengakui harga jualan itu hanya memberikan sedikit keuntungan buatnya, Rosli berkata, dia percaya harga yang ditawarkan mampu menarik ramai pelanggan. “Saya belum bercadang untuk menaikkan harga lemang buat masa ini, masih harga lama RM10 hingga RM12 sebatang mengikut saiz. “Memang harga barang naik, semuanya naik. Buluh lemang naik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya