Peniaga ditahan, sorok mercun hampir RM350,000 dalam garaj

Peniaga ditahan, sorok mercun hampir RM350,000 dalam garaj

BALVEER SINGH Mahindar Singh (kiri) menunjukkan mercun yang dirampas daripada seorang peniaga pada sidang akhbàr di IPD Johor Bahru Utara, hari ini.-UTUSAN/BAAZLAN IBRAHIM 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang  peniaga ditahan kerana menyorok sebanyak 139 kotak berisi pelbagai jenis mercun bernilai RM347,500 di garaj kediamannya di Taman Perling, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, kesemua mercun itu dipercayai untuk dijual sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.

“Siasatan mendapati suspek  yang berusia 40 tahun dan bekerja sebagai peniaga itu tidak mempunyai lesen sah terhadap kesemua bahan letupan itu.

“Susulan itu, lelaki berkenaan ditahan manakala mercun bernilai RM347,500 dirampas di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara di sini hari ini.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti sumber mercun-mercun berkenaan.

“Suspek telah dituduh di mahkamah, tetapi dia tidak mengaku bersalah dan sebutan semula kes ditetapkan pada 13 Mei depan,” katanya.

Balveer Singh mengingatkan orang ramai supaya mematuhi undang-undang dan mendapatkan lesen sah sebelum menjalankan sebarang perniagaan, termasuk penjualan bunga api dan mercun sempena musim perayaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya