Peniaga didenda RM8,000 miliki mercun, bunga api tanpa kebenaran

Peniaga didenda RM8,000 miliki mercun, bunga api tanpa kebenaran

KOMPLEKS Mahkamah Kuala Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga didenda RM8,000 di Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku salah memiliki 247 kotak besar pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa kebenaran.

Keputusan itu dibuat Majistret Noor Mazrinie Mahmood selepas tertuduh, Muhammad Khairulnidzam Yahyaawal, 36, mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Selain itu, tertuduh juga turut berdepan hukuman penjara selama 12 bulan sekiranya dia gagal menjelaskan denda berkenaan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa kebenaran di sebuah rumah di Gong Badak, Kuala Nerus, pukul 3 pagi, 7 Mac lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nur Aisyah Mohamad manakala tertuduh diwakii peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Najmi Adila Md Nasir. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya