Peniaga didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan

Peniaga didenda RM4,500 miliki 110 laras senjata tiruan

ANGGOTA polis mengiringi Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor keluar dari Mahkamah Majistret Kemaman, Terengganu. -UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang peniaga kedai mainan didenda sebanyak RM4,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki 110 laras senjata tiruan, Januari lalu. 

Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, Wan Muhammad Faezyl Wan Mansor, 31, membuat pengakuan itu sebaik sahaja kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya. 

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa memiliki sembilan laras senjata palsu tiruan yang berada di premis perniagaannya di Bandar Baru Kijal, di sini.  Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada 5 Januari lalu kira-kira pukul 2.30 petang. 

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 36 Akta Senjata 1960 iaitu memiliki dan mengimport senjata tiruan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum hingga satu tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM5,000 atau kedua-duanya sekali. 

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh juga didakwa mengikut seksyen sama kerana didapati memiliki 101 laras senjata tiruan. Kesalahan itu dilakukan tertuduh pada tarikh yang sama, kira-kira pukul 3.45 petang di kediamannya, di Kerteh, dekat sini.

Sharifah Amirda Shasha memerintahkan tertuduh didenda RM2,000 bagi pertuduhan pertama dan RM2,500 untuk pertuduhan kedua selain tiga bulan penjara bagi kedua-dua pertuduhan jika gagal membayar denda tersebut.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya