Peniaga bazar rugi ribuan ringgit akibat banjir

Peniaga bazar rugi ribuan ringgit akibat banjir

DYA MELI Asman menunjukkan baju raya yang dijual basah apabila gerainya di Bazar Raya Kota Tinggi dilanda banjir semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Peniaga-peniaga di Bazar Raya Kota Tinggi di sini mendakwa mereka mengalami kerugian mencecah puluhan ribu ringgit apabila kawasan itu dilanda banjir, semalam.

Salah seorang daripada mereka ialah peniaga pakaian, Dya Meli Asman, 21,yang memberitahu banyak pakaian yang dijualnya rosak akibat banjir.

Lebih menyedihkannya, ini baru pertama kali dia mencuba untuk menjual baju raya berbanding sebelum ini membuka perniagaan salon.

“Bermodalkan lebih RM80,000 saya menjual pakaian wanita, lelaki, kanak-kanak dan kurta di bazar berkenaan.

“Kira-kira pukul 12 tengah hari semalam mula hujan, saya berada di Plaza Kota Tinggi apabila rakan beritahu bazar mungkin dinaiki air memandangkan beberapa kawasan di daerah ini sudah banjir. 

“Sebaik sahaja pergi di gerai, saya dapati air sungai yang terletak tepi bazar sudah mula melimpah.

“Kemudian hanya saya dan seorang pekerja sahaja berkemas sehingga malam kerana tiga lagi pekerja tidak dapat membantu kerana rumah mereka juga dilanda banjir. Semua pakaian kami simpan asing, yang kering dan basah di dalam plastik dan banyak pakaian yang basah,” katanya ketika ditemui, di sini hari ini.

Dia mengaku sangat sedih mengenangkan kerugian yang terpaksa ditanggung.

“Keluarga pula jauh di Pahang di sini saya berniaga seorang diri. Hari ini kami masih sambung berkemas kalau siap mungkin malam boleh sudah mula berniaga semula.

“Saya merancang untuk mengadakan jualan lelong baju banjir esok. Semua pakaian yang terjejas akan dibawa ke dobi dulu sebelum dijual pada harga murah,” katanya.

Bagi pemilik kedai tudung’, Azmir Ishak, 40  yang turut berniaga di bazar itu bersama beberapa rakan lain mengalami kerugian kira-kira RM5,000 selepas platform serta karpet yang dipasang basah akibat banjir.

“Kami memang sudah dapat maklumat dua tiga hari tentang amaran banjir. Semalam apabila hujan tidak berhenti memang kami risau.

“Kami sudah pasang CCTV dan dapat lihat air dari sungai tepi ini sudah melimpah, namun mujur kami sempat berkemas selamatkan produk jualan” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya