Pengurus bank terpedaya iklan pinjaman tidak wujud di Facebook

Pengurus bank terpedaya iklan pinjaman tidak wujud di Facebook

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEMPOL: Hasrat seorang lelaki yang juga penolong pengurus bank untuk membuat pinjaman RM30,000 bagi persiapan hari raya Aidilfitri lebur malah mengalami pula kerugian sebanyak RM28,000 apabila terpedaya iklan pinjaman wang tidak wujud di Facebook.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, mangsa berusia 55 tahun pada mulanya telah ternampak iklan pinjaman wang erkenaan di Facebook dan berurusan dengan seorang ejen melalui WhatsApp pada 12 Februari lalu.

Menurutnya, mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman dan diminta membayar RM460 sebagai caj proses dan dijanjikan proses transaksi wang sekitar tiga hari sahaja.

“Pada 26 Februari lalu, mangsa telah membuat pembayaran secara dalam talian ke akaun perbankan seorang wanita.

“Selepas itu, mangsa diminta membuat beberapa lagi pembayaran, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM28,112.

“Mangsa mulai berasa curiga apabila diminta untuk membuat bayaran tambahan sebanyak RM6,000 lagi,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujar Chang Hook lagi, mangsa membuat laporan di Balai Polis Rompin kerana percaya telah ditipu dan ingin tindakan lanjut diambil.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan kes tipu urusan Pinjaman Tak Wujud (PTW). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya