'Penguat kuasa hanya jalankan tugas'

‘Penguat kuasa hanya jalankan tugas’

AMINUDDIN Harun
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Tindakan menyalahkan anggota penguat kuasa yang terlibat dalam insiden seorang warga emas membuang petang jualannya di Port Dickson, kelmarin merupakan sesuatu yang tidak adil.

Menteri Besar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, anggota penguat kuasa Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) itu hanya menjalankan tugas dan amanah yang diberikan.

“Kenapa perlu nasihat PBT (pihak berkuasa tempatan)? jangan salahkan mereka yang hanya menjalankan kerja, tidak adil semua perkara salahkan PBT. Saya harap kejadian berlaku ini dapat dilihat dari awal hingga akhir, bukan hanya tengok hujung saja kerana akhirnya memberi kesan kepada mereka yang rasa terfitnah.

“Kita akui memang ada berlaku masalah tapi perkara tersebut bermula dengan aduan menjalankan perniagaan di hadapan kedai yang tidak sepatutnya berlaku.

“Apabila dinasihatkan berlakulah kejadian seperti itu, mungkin ketika berpuasa dan dalam keadaan marah akhirnya rakyat memberikan penghakiman tidak adil kepada semua,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Tambah beliau, masyarakat diharapkan tidak terus menghukum anggota penguat kuasa itu sebaliknya merujuk kronologi isu tersebut secara keseluruhan.

“Apabila berita itu sampai ke tangan kita, kita kena melihat secara keseluruhan dan jangan menghukum kepada orang-orang yang tidak sepatutnya terima hukuman,” tambah beliau.

Aminuddin mengulas insiden seorang penjual petai yang mencampakkan jualannya itu di hadapan dua orang anggota penguat kuasa MPPD pada Khamis lalu.

Kejadian yang berlaku tersebut turut tular di media sosial sehingga membawa reaksi pelbagai pihak.

Mingguan Malaysia hari ini melaporkan, Mohd. Noor Saad, 67, menjaja petai menggunakan motosikal di hadapan sebuah pasar raya di Port Dickson bagi tujuan menampung kos pembedahan membuang selaput mata kiri isterinya.

Katanya, dia bertindak membuang petai jualannya kerana berang tidak dibenarkan menjual petai tersebut selain mendakwa petai jualannya juga akan diambil penguat kuasa bagi tujuan pembuktian selain turut dikenakan saman.

Dia bagaimanapun memberitahu, perkara tersebut telah pun selesai dengan baik selepas dia dikunjungi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, Dr G. Rajasekaran dan Yang Dipertua MPPD, Hasnor Abd Hamid.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya