Pengendali lori gagal patuh peraturan akan diaudit, digantung

Pengendali lori gagal patuh peraturan akan diaudit, digantung

ANTHONY Loke Siew Fook bertanya sesuatu kepada seorang penunggang motosikal ketika operasi di Stesen Penguat Kuasa JPJ Semenyih, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAJANG: Mana-mana syarikat lori yang gagal mematuhi peraturan keselamatan jalan raya bakal berdepan tindakan tegas termasuk penggantungan permit kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap lori yang terlibat dalam kemalangan akan diaudit oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) melalui Laporan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (JISA), sebelum laporan tersebut dikemukakan kepada Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) bagi tindakan selanjutnya.

Menurutnya, langkah itu bakal menjadi sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) siasatan membabitkan lori yang terlibat dalam nahas.

“Terdapat lapan aspek yang akan dinilai oleh JPJ dalam audit berkenaan. Laporan tersebut kemudian akan dihantar kepada APAD untuk tindakan sewajarnya termasuk menggantung operasi dan permit kenderaan yang gagal mematuhi peraturan,” katanya dalam sidang akhbar di Stesen Penguat Kuasa JPJ Semenyih di sini, hari ini.

Dalam operasi yang dijalankan JPJ di lokasi berkenaan, sebanyak 218 kenderaan diperiksa, 124 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala sebuah kenderaan turut disita.

Tambah Anthony, lebih 1,000 kenderaan telah digantung Lesen Pengendali akibat ketidakpatuhan terhadap aspek keselamatan jalan raya.

“Pematuhan peraturan jalan raya bukan isu bermusim, sebaliknya perlu menjadi keutamaan setiap masa demi keselamatan pengguna jalan raya.

“Mungkin ada pihak yang kurang senang dengan tindakan itu, tetapi kita perlu laksanakan demi kepentingan semua,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya