Pengeluaran daging tempatan Negeri Sembilan meningkat 15 peratus

Pengeluaran daging tempatan Negeri Sembilan meningkat 15 peratus

AMINUDDIN Harun (dua dari kanan) pada Majlis Perasmian Program Mantai Rayo 2025 di Wisma Negeri, Seremban, Negeri Sembilan. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pengeluaran bekalan daging lembu tempatan di Negeri Sembilan dijangka meningkat sebanyak 15 peratus menjelang 2030 menerusi projek penternakan berskala besar yang akan dilaksanakan di Gemas, Tampin.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, kerajaan negeri giat memperkasa industri ternakan termasuk menerusi pembangunan ladang tenusu bersepadu di kawasan sama.

“Beberapa inisiatif utama sedang dirangka hasil kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan agensi berkaitan. Dengan usaha itu, sektor ini dapat diperkasakan dan sekali gus meningkatkan kadar sara diri daging tempatan.

“Selain itu, kajian sedang dijalankan bagi memperluaskan penggunaan teknologi penternakan moden seperti sistem fidlot dan penggunaan data analitik bagi memaksimumkan produktiviti ternakan,” katanya pada Majlis Perasmian Program Mantai Rayo 2025 di Wisma Negeri di sini, hari ini.

Tambah Aminuddin, pada tahun ini Program Mantai Rayo akan dilaksanakan bermula 26 hingga 28 Mac di kesemua 36 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Selain penyelarasan agihan daging mentah, terdapat juga agihan bantuan barangan persiapan juadah raya seperti beras, minyak masak dan telur kepada 100 keluarga kurang berkemampuan di DUN masing-masing.

“Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan turut menyelaras jualan daging segar di lokasi program agar penduduk tempatan dapat memperoleh daging segar pada harga yang berpatutan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya