Pengarah Palestin filem 'No Other Land' hilang diserang Israel - Utusan Malaysia

Pengarah Palestin filem ‘No Other Land’ hilang diserang Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEBING BARAT: Pengarah filem dokumentari yang baru sahaja memenangi Anugerah Oscar, Hamdan Ballal, dilaporkan diserang oleh sekumpulan tentera Israel di kediamannya di perkampungan Palestin, Susiya, Masafer Yatta pada Isnin.

Menurut aktivis, Yahudi Center for Jewish Nonviolence yang menyaksikan kejadian itu, Ballal yang juga merupakan salah seorang daripada empat pengarah ‘No Other Land’ telah diserang oleh 15 orang tentera Israel bertopeng dan dipukul.

“Mula-mula mereka baling batu kepada penduduk Palestin dan musnahkan tangki air berdekatan rumah Ballal.

“Mereka turut memusnahkan kereta dan tayar. Semua tingkap dan cermin depan keretanya dirosakkan. Ballal dipukul di kepala sehingga berdarah dan dibawa pergi tidak tahu ke mana,” kata aktivis, Joseph kepada media.

Bukan hanya Ballal, seorang lelaki lain yang dikenali sebagai Nasser turut dibawa ke balai polis tanpa alasan kukuh.

Bagaimanapun, mengikut kenyataan yang dikeluarkan IDF, terdapat konfrontasi antara Palestin dan Israel kononnya ada ‘pengganas’ yang membaling batu ke arah Israel. Polis datang untuk mendamaikan keadaan. Polis telah menahan tiga individu yang didakwa memulakan konfrontasi.

Terdahulu, ‘No Other Land’ mencuri perhatian apabila memenangi kategori filem dokumentasi terbaik di Anugerah Oscar ke-97.

Ia mengisahkan tentang perjuangan penduduk di Masafar Yatta menghentikan tindakan Israel yang mahu menghancurkan desa mereka.

Filem ini diarahkan oleh warga Palestin Ballal serta Basel Andra serta warga Israel Yuval Abraham dan Rachel Szor. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya