Penganggur didakwa bunuh penyanyi wanita

Penganggur didakwa bunuh penyanyi wanita

TERTUDUH diiringi anggota polis ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Ayer Keroh, Melaka atas pertuduhan membunuh. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan membunuh seorang penyanyi wanita, bulan lalu.

Tertuduh, Hong Yew Peng, 54, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan kali kedua oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes bunuh di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat telah menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mendatangkan kematian terhadap Ling Lu Cheng berusia 52 tahun.

Perbuatan itu dilakukan antara pukul 1.30 pagi dan 3.30 pagi di sebuah rumah bernombor, Taman Sri Mangga Seksyen 1 dalam daerah Melaka Tengah pada 22 Februari 2025.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak melebihi 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati hendaklah disebat tidak kurang 12 kali sebatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwa Raya Hanis Aliyah Ahmad Kamarulnajuib tidak menawarkan jaminan dan memohon tarikh baharu ditetapkan untuk serahan laporan kimia serta bedah siasat mangsa manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 21 April ini untuk sebutan semula kes.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, seorang wanita yang bekerja sebagai penyanyi sambilan ditemukan dalam keadaan berlumuran darah atas katil bersama seorang lelaki yang ketika itu berada berhampirannya dalam keadaan cedera.

Hasil bedah siasat mendapati, terdapat 14 kesan tikaman pada tubuh mangsa dan pakar perubatan forensik mengesahkan punca kematian disebabkan luka tikaman pada aorta.

Cemburu dipercayai menjadi motif pembunuhan ibu kepada tiga cahaya mata itu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya