Penduduk terkandas jalan utama runtuh

Penduduk terkandas jalan utama runtuh

FAUZIAH Misri melihat keadaan jalan utama di Felcra Sungai Layau, Kota Tinggi yang runtuh susulan hujan lebat empat hari lalu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA TINGGI: Jalan utama ke Kampung Felcra Sungai Layau di sini runtuh susulan kejadian hujan lebat baru-baru ini yang sekali gus menjejaskan urusan seharian hampir 300 penduduk kampung itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penawar, Fauziah Misri berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk terpaksa menggunakan laluan alternatif, bagaimanapun jalan berkenaan turut dinaiki air akibat hujan.

“Terdapat 190 buah rumah melibatkan hampir 300 orang penduduk yang tinggal di kampung tersebut. Runtuhan berlaku empat hari lalu disebabkan hujan berterusan selama dua hari.

“Pejabat Daerah Kota Tinggi dan agensi-agensi terlibat juga telah bermesyuarat dan langkah-langkah akan diambil untuk kemudahan penduduk antaranya jalan alternatif sepanjang satu kilometer akan ditambak oleh pihak Felcra dan Jakoa selewat-lewatnya hari esok bersekali dengan saluran air.

“Culvert (pembetung) sementara akan dibina selewat-lewatnya esok. Kita juga telah membuat permohonan peruntukan untuk membina jambatan baharu kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah dengan Jabatan Kerja Raya sebagai agensi pelaksana,” katanya hari ini.

Tambahnya kerja-kerja berkenaan bagaimanapun mengambil kira kederasan arus air di sungai tersebut.

“Apa diharapkan penduduk dapat bersabar di atas musibah yang berlaku. Pejabat daerah dan agensi terlibat berusaha membantu menangani isu tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Fauziah berkata, beliau bersama Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) juga akan menghantar bantuan beras di setiap rumah di kampung berkenaan.

“Memandangkan penduduk tidak boleh keluar membeli barangan keperluan seperti biasa, jadi kami mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka ” katanya lagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya