Penduduk Taman Sri Sinar nikmati jalan baru selepas 15 tahun

Penduduk Taman Sri Sinar nikmati jalan baru selepas 15 tahun

YAP Yeevonne (tiga dari kanan) bersama penduduk di kawasan jalan Taman Sri Sinar, Segambut menunjukkan jalan yang telah ditambah baik.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penduduk Taman Sri Sinar, Segambut di sini gembira selepas 15 tahun aduan dibuat berkaitan jalan rosak di kawasan kediaman mereka, kini diberi perhatian oleh pihak berkuasa tempatan.

Menurut mereka, selama ini penduduk di kawasan berkenaan terpaksa melalui jalan yang berlubang dan tidak ada tanda jalan.

Seorang penduduk taman itu, Tan Kim Chong, 65, berkata, dia gembira apabila aduan penduduk setempat turut didengari oleh wakil rakyat kawasan itu.

“Sebelum jalan dibaiki, keadaan jalan rosak teruk, ada yang berlubang sehingga mengancam keselamatan pengguna terutama penduduk di kawasan taman ini.

“Orang tua macam saya sangat berisiko untuk jatuh motosikal ketika menggunakan laluan di sini, terutamanya pada waktu malam kerana jalan agak gelap,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Seorang suri rumah, Tan M T, 83, pula berkata, sepanjang dia menetap di situ lebih 30 tahun, setiap aduan daripada rakyat sekitar diambil tindakan agak pantas oleh pihak berkaitan.

“Seperti masalah gelap ekoran kekurangan lampu jalan, tetapi kini lampu jalan sudah ditambah.

“Begitu juga dengan masalah jalan rosak. Selepas aduan dibuat oleh penduduk taman ini, masalah itu juga berjaya diselesaikan,” katanya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang juga Ahli Parlimen Segambut, Yap Yeevonne berkata, isu berkaitan jalan rosak itu sudah lama menjadi perhatian penduduk setempat namun baru dibangkitkan pada tahun 2023.

Katanya, masyarakat setempat tidak puas hati mengenai jalan raya yang kurang selamat kerana rosak dan berlubang sehingga membahayakan keselamatan mereka.

“Selepas penambahbaikan jalan dilakukan, penduduk kini gembira dan mereka tidak perlu risau tentang risiko kemalangan.

“Kerja-kerja penambahbaikan jalan yang dianggarkan siap pada pertengahan bulan April berjaya disiapkan awal dengan hanya baki road marking untuk sebahagian jalan sahaja belum siap dilakukan,” katanya.

Sehubungan itu, Yap Yeevonne berharap agar Jabatan Kejuruteraan dan Saliran di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan terus diberikan dana untuk meneruskan kerja-kerja penambahbaikan jalan raya di seluruh kawasan Segambut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya