TAPAH: Penduduk tiga kampung di sini yang berdepan dengan kesukaran akses utama perhubungan sejak Oktober lalu ekoran jambatan runtuh akibat banjir mahu kemudahan itu siap sebelum Hari Raya Aidilfitri. Menurut seorang penduduk, Mohd. Tarmizi Kassim, 63, yang menetap di Kampung Sungai Kurong Dalam, dia difahamkan peruntukan jambatan baharu yang lebih selesa menelan kos sebanyak RM350,000 dan ia lebih lebar dan panjang berbanding biasa oleh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW). Dia berharap jambatan baharu itu dapat disiapkan sebelum Hari Raya Aidilfitri sebagai kemudahan kepada penduduk kampung yang balik berhari raya.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya