PETALING JAYA: Harapan rakyat Gaza untuk menyambut Syawal penuh kesyukuran terus musnah apabila rejim Zionis melanggar perjanjian gencatan senjata sehingga menyebabkan bumi Palestin terus menyaksikan pertumpahan darah. Lebih menyedihkan, serangan tanpa henti ke atas kawasan penempatan, hospital dan kem pelarian sekali gus menjadikan Syawal satu lagi episod duka buat rakyat Gaza. Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman berkata, sehingga kini, Gaza masih diserang Israel kerana mereka mengingkari perjanjian renjatan senjata. Katanya, keadaan itu menyebabkan penduduk Gaza terpaksa menyambut Syawal dalam keadaan penuh ketidakpastian kerana terpaksa berpindah…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya