Pemuisi 10 negara meriahkan Ramadan dan Hari Puisi Sedunia 2025 dengan tema kemanusiaan

Pemuisi 10 negara meriahkan Ramadan dan Hari Puisi Sedunia 2025 dengan tema kemanusiaan

PROGRAM yang berlangsung selama tiga jam bermula pada pukul 10.00 malam itu turut menyaksikan penyertaan 26 orang pemuisi dari sepuluh negara, termasuk Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Seramai 26 pemuisi daripada 10 negara menyertai Program Semarak Puisi Ramadan Sedunia 2025 dan Sambutan Hari Puisi Sedunia Pertubuhan Sains Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa bangsa Bersatu (UNESCO) 2025 yang diadakan di sini baru-baru ini.

Menurut, Ahli Dewan Negara, Senator Profesor Emeritus Dato’ Seri Dr. Awang Sariyan, yang juga penasihat Persatuan Pemuisi Nasional Malaysia (PEMUISI), puisi bukan sahaja memberi kesan mendalam kepada peminat sastera malah, memberi santapan rohani kepada masyarakat umum.

Beliau turut mendeklamasikan puisinya yang berjudul Andai Malam ini Malam al-Qadar sebaik selesai berucap.

Program yang berlangsung selama tiga jam bermula pada pukul 10.00 malam itu turut menyaksikan penyertaan 26 orang pemuisi dari sepuluh negara, termasuk Malaysia.

Negara-negara tersebut adalah Australia, China, Rusia, India, Indonesia, Brunei, Amerika Syarikat, Kanada, dan Thailand.

Antara pemuisi antarabangsa yang turut serta adalah Dr. Victor Pogadaev (Rusia), Ammarah Naim Baker (Amerika Syarikat), Nur Rabiah Harim Nor (Kanada), Dr. Brajesh Kumar Gupta (India), Dr. Tuah Zhau (China), Datin Yasmaine Millson (Australia), dan Dr. Suraiya Chapakiya (Thailand).

Dari Indonesia, pemuisi Ibu Hudan Nur, Zab Bransah, Isbedy Stiawan, dan Zafirah Adiria Putri Isbedy turut mengambil bahagian, manakala Brunei diwakili oleh Aminah Momin, Kriskarmila, dan Dr. Zefri Arif.

Malaysia diwakili oleh pemuisi terkemuka seperti Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Timbalan Pengerusi Tetap PEMUISI Prof. Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Bendahari PEMUISI Datuk Wan Aziz Wan Hamzah, dan beberapa tokoh lain seperti Datuk Jasni Matlani, Dr. Abang Hut Abang Engkeh, Alkhair Aljohore, A. Ghani Abdullah, Norliza Yamin, Umar Mokhtar Abdullah, dan Letfee Ahmad.

Puisi, merangkumi pelbagai aspek kehidupan manusia, persoalan diri, keluarga, masyarakat, negara, serta isu-isu antarabangsa.

“Puisi merupakan sumbangan pemuisi dalam memajukan tamadun melalui seni bahasa yang halus dan kreatif ia juga memberi kesan yang mendalam melalui rasa dan jiwa manusia,” katanya di perasmian

Beliau turut mendeklamasikan sebuah puisi bertajuk Apa yang Dikejar pada Malam Qadar, dia berharap program seperti ini dapat diteruskan sebagai sumbangan kepada pembangunan rohaniah dan pemupukan nilai kemanusiaan sejagat.

Presiden PEMUISI Datuk Dr. Radzuan Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama pena Wanrazuhar berkata, tugas penulis khususnya pemuisi, kini bukan lagi sekadar memenuhi minat peribadi tetapi turut memberi sumbangan positif kepada masyarakat.

“Penulis perlu mengangkat nilai-nilai murni dan menyampaikan penulisan yang penuh nasihat serta maklumat bertanggungjawab,” katanya.

Beliau turut mendeklamasikan puisinya yang berjudul Andai Malam ini Malam al-Qadar sebaik selesai berucap.

Program yang berlangsung selama tiga jam bermula pada pukul 10.00 malam yang disertai pemuisi daripada Australia, China, Rusia, India, Indonesia, Brunei, Amerika Syarikat, Kanada, dan Thailand.

Antara pemuisi antarabangsa yang turut serta adalah Dr. Victor Pogadaev (Rusia), Ammarah Naim Baker (Amerika Syarikat), Nur Rabiah Harim Nor (Kanada), Dr. Brajesh Kumar Gupta (India), Dr. Tuah Zhau (China), Datin Yasmaine Millson (Australia), dan Dr. Suraiya Chapakiya (Thailand).

Dari Indonesia, pemuisi Ibu Hudan Nur, Zab Bransah, Isbedy Stiawan, dan Zafirah Adiria Putri Isbedy turut mengambil bahagian, manakala Brunei diwakili oleh Aminah Momin, Kriskarmila, dan Dr. Zefri Arif.

Malaysia diwakili oleh pemuisi terkemuka seperti Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Timbalan Pengerusi Tetap PEMUISI Prof. Datuk Dr. Mohamad Fauzan Noordin, Bendahari PEMUISI Datuk Wan Aziz Wan Hamzah, dan beberapa tokoh lain seperti Datuk Jasni Matlani, Dr. Abang Hut Abang Engkeh, Alkhair Aljohore, A. Ghani Abdullah, Norliza Yamin, Umar Mokhtar Abdullah, dan Letfee Ahmad. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya