Pemilik sewa premis sindiket penipuan boleh didakwa bersubahat

Pemilik sewa premis sindiket penipuan boleh didakwa bersubahat

PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf bercakap ketika sidang media mingguan di Menara KPJ hari ini. / M. FIRDAUS M.JOHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pemilik, badan pengurusan bersama (JMB) dan syarikat kawalan keselamatan kondominium boleh dikenakan tindakan undang-undang jika didapati bersubahat sindiket penipuan panggilan dalam talian dengan menyewakan premis berkenaan untuk kegiatan terbabit.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata,  alasan tidak mengetahui aktiviti yang dilakukan dalam premis tidak boleh diterima.

Katanya, hal ini ekoran beberapa serbuan dijalankan pihaknya mendapati premis kediaman jenis kondominium telah digunakan sebagai pusat panggilan penipuan.

“Kita akan mencadangkan pertuduhan di bawah Seksyen 120(B) Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pakat jahat jenayah turut dikenakan terhadap tiga kumpulan individu ini. 

“Pakat jahat jenayah merupakan kesalahan yang boleh mengakibatkan individu yang dituduh dihukum seolah-olah dia bersubahat dengan kesalahan itu.

“Bagi cadangan pertuduhan di bawah seksyen ini, kita yakin ia boleh dilaksanakan melalui keterangan yang diambil dalam siasatan kes-kes tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat JSJK di Menara KPJ di sini hari ini. 

Menurutnya, selaku pemilik premis, mereka wajar dipertanggungjawabkan terhadap sebarang aktiviti jenayah yang dilakukan di premis milik mereka.

“Maka, pada kesempatan ini saya mengulangi gesaan agar semua pemilik premis mengambil tahu dan melaksanakan KYC (tahu pelanggan anda) sebelum membenarkan premis milik mereka disewa dan digunakan oleh orang lain. 

“Melalui risikan yang dijalankan, pihak polis mendapati maklumat bahawa sebahagian syarikat kawalan keselamatan dan pihak pengurusan bangunan sememangnya mengetahui kewujudan aktiviti jenayah atau aktiviti mencurigakan dalam kondominium mereka namun sama ada ia dilindungi atau tidak dilaporkan,” katanya.

Menurut Ramli, ia dikesan melalui tiga serbuan berasingan terhadap pusat panggilan bagi kegiatan cabutan bertuah, pelaburan saham dan penipuan permainan dalam talian di Jalan Tun Razak pada 26 Februari lalu. 

Jelasnya, pihak polis turut menahan seramai 11 individu warga China berusia antara 28 hingga 42 tahun. 

“Tiga sindiket berasingan itu dikesan menjalankan kegiatan terbabit sejak antara dua bulan hingga setahun lalu di tiga unit kondominium terbabit. 

“Siasatan di bawah Seksyen 420/120 (B) Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya