Pemilihan PKR luar biasa, 17,500 borang pencalonan

Pemilihan PKR luar biasa, 17,500 borang pencalonan

ZALIHA MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilihan PKR mencatatkan penyertaan luar biasa apabila menerima lebih 17,500 pencalonan daripada 222 cabang di seluruh negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa berkata, perkembangan itu mencerminkan komitmen tinggi anggota parti dalam mengukuhkan proses demokrasi dalaman yang matang dan inklusif setelah proses penamaan calon ditutup pada 16 Mac lalu.

“Kini, pemilihan akan memasuki fasa seterusnya iaitu proses bantahan terhadap calon-calon, yang akan berlangsung mulai 18 Mac, 12.00 tengah hari hingga 20 Mac, 11.59 malam.

“Selepas itu, proses rayuan terhadap bantahan akan dibuka dari 24 hingga 25 Mac untuk memastikan ketelusan dan keadilan kepada semua calon yang bertanding,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Dr. Zaliha, calon yang memilih untuk menarik diri atau membatalkan pencalonan diberi ruang untuk berbuat demikian sebelum 20 Mac ini.

“Selepas melalui semua proses ini, senarai muktamad pencalonan bagi cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang akan diumumkan pada 28 Mac,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata, JPP ingin menzahirkan penghargaan kepada semua anggota parti yang telah menyertai proses ini dengan penuh semangat dan dedikasi.

“Penyertaan besar ini membuktikan bahawa PKR terus menjadi wadah perjuangan yang demokratik, inklusif dan terbuka kepada penyertaan akar umbi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya