Pemergian tragis Kim Sae Ron benamkan reputasi Kim Soo Hyun - Utusan Malaysia

Pemergian tragis Kim Sae Ron benamkan reputasi Kim Soo Hyun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Susulan pendedahan ahli keluarga mendiang Kim Sae Ron, media sosial pelakon Korea, Kim Soo Hyun telah dihujani kata kecaman dan kebencian dari warganet.

Perkara itu sekali gus membenamkan reputasi pelakon drama bersiri Queen Of Tears itu selepas didakwa menjadi asbab aktres tersebut memilih untuk mengakhiri hidupnya secara tragis pada usia 24 tahun.

Kemarahan tersebut tercetus selepas keluarga mendiang mendedahkan bahawa aktor tersebut pernah menjalinkan hubungan dengan Sae Ron ketika usianya 15 tahun namun putus selepas enam tahun bercinta.

Malah, keluarga aktres itu turut mendedahkan mesej terakhir mendiang kepada Soo Hyun yang merayu untuk memberinya masa membayar semula hutang berjumlah RM2.1 juta selepas menerima surat saman daripada Gold Medalist.

“Oppa, ini saya, Sae Ron. Saya menerima surat rasmi mengatakan saya telah disaman. Kamu pernah berkata akan memberi saya lebih banyak masa. Jadi, saya telah bersedia untuk membuat kemunculan semula dengan rancangan untuk membayar sedikit demi sedikit daripada setiap projek.’

“Bukannya saya tidak mahu bayar, tetapi saya tidak mampu untuk mengeluarkan wang sebanyak 700 juta won sekaligus. Adakah saya perlu ke mahkamah? Tolong saya. Saya merayu berilah saya lebih banyak masa,” katanya pada mesej yang bertarikh 19 Mac 2024 tersebut.

Gold Medalist dikatakan telah membantunya membayar saman RM2.1 juta itu selepas Sae Ron terbabit dalam kes memandu dalam keadaan mabuk.

Selain itu, keluarga Sae Ron turut mendedahkan beberapa foto intim mendiang bersama Soo Hyun untuk mengesahkan lagi hubungan tersebut.

Pendedahan yang dibuat menerusi saluran YouTube Garo Sero Institute bagaimanapun telah dinafikan oleh pihak agensi Soo Hyun malah mengakui tidak tahu niat di sebalik pendedahan keluarga mendiang.

Difahamkan, Soo Hyun juga mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap saluran YouTube tersebut.

Terdahulu, mayat Kim Sae Ron ditemui di kediamannya Timur Seoul pada Februari lalu.

Polis mengesahkan punca kematian adalah disebabkan bunuh diri kerana tidak tahan menghadapi tekanan bayaran pampasan selepas kes DUI.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya