Pemegang Pas Pelabur boleh berada di Malaysia enam bulan

Pemegang Pas Pelabur boleh berada di Malaysia enam bulan – JIM

IMIGRESEN MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pelawat perniagaan dan pelabur asing dibenarkan berada di Malaysia dalam tempoh selama enam bulan melalui kemudahan baharu Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang Untuk Pelawat Perniagaan Atau Pelabur Asing (Pas Pelabur) berkuat kuasa pada 1 April ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata,  tempoh keberadaan kumpulan itu kemudiannya boleh dilanjutkan sehingga enam bulan lagi, tertakluk kepada justifikasi dan keperluan pemohon.

Bagi menyokong pelaksanaan inisiatif ini, kata beliau, Jabatan Imigresen (JIM) akan mempermudahkan proses permohonan, sokongan oleh agensi pelaburan, semakan, kelulusan, cetakan Pas Pelabur secara dalam talian melalui proses ‘end to end’.

“Kemudahan ini dijangka menyokong usaha meningkatkan rangsangan kepada ekosistem pelaburan di negara ini di samping mengekalkan semakan keselamatan terhadap bakal pelabur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengumumkan  pewujudan kemudahan Pas Pelabur bagi memudahkan urusan pelabur asing berada di Malaysia dalam tempoh yang bersesuaian.

Ini terutamanya bagi pelabur yang telah memberi komitmen untuk membuat pelaburan di Malaysia menerusi agensi-agensi pelaburan atau agensi-agensi yang berkepentingan.

Kemudahan ‘Multiple Entry Visa’ (MEV) turut diberikan kepada pemegang pas ini.

Sebarang maklumat berkaitan perkara ini boleh diperolehi melalui pautan laman sesawang Bahagian Khidmat Ekspatriat, Jabatan Imigresen Malaysia https://esd.imi.gov.my/. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya