Pembangkang hanya cakap kosong-Hajiji

Pembangkang hanya cakap kosong-Hajiji

HAJIJI Noor
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menafikan dakwaan pembangkang bahawa pengumuman projek-projek baharu sejak kebelakangan ini adalah cubaan untuk memancing undi menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Beliau berkata, apa yang diumumkan adalah inisiatif kerajaan dalam meneruskan agenda pembangunan di Sabah.

Katanya, pemimpin pembangkang boleh berkata apa sahaja kerana memang itulah peranan mereka.

“Apa yang mereka mahu kerajaan buat? Umum projek untuk dilaksana, marah. Tidak umum, marah. Jadi, apa yang mereka mahu?,” katanya semasa mengulas tentang kritikan yang dilemparkan Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin.

Menurutnya, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melaksanakan program atau projek pembangunan untuk rakyat, maka pembangkang harus menerimanya dengan hati terbuka.

“Itu tugas kerajaan, kita menyelesaikan banyak isu di Sabah. Sekarang masalah air yang disebut banyak kali, elektrik dan lain-lain.

“Tugas kita untuk mencari jalan bagi menyelesaikan masalah. Jadi dimana tempat, kita umumlah kalau kita ingat. Kita bukan cakap kosong, yang cakap kosong itu mereka (pembangkang) yang tidak boleh buat apa-apa,” katanya.

Semalam Bung Moktar mempertikaikan keikhlasan kerajaan dalam mengumumkan projek-projek baharu.

Katanya, beberapa bulan sebelum PRN, kerajaan negeri tiba-tiba aktif mengumumkan pelbagai projek.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya