Pelancong India lemas di Tasik Dayang Bunting

Pelancong India lemas di Tasik Dayang Bunting

MAYAT pelancong warga India yang ditemukan lemas ketika berenang di Tasik Dayang Bunting, Langkawi. -IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Seorang pelancong warganegara India ditemukan mati akibat lemas ketika berkunjung ke Tasik Dayang Bunting di sini, hari ini.

Mangsa, Vivek Ashok, 55, dipercayai tidak memakai jaket keselamatan ketika berenang di tasik itu semasa kejadian.

Ketua Zon 4 Langkawi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Kedah, Penguasa Bomba Mohd. Zamri Abd Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.05 tengah hari.

“Tindakan anggota operasi adalah melakukan pencarian permukaan di sekitar lokasi kejadian kali terakhir mangsa dilihat sebelum jasadnya berjaya ditemui pada pukul 2.29 petang,” katanya di sini, hari ini.

Menurut Mohd. Zamri, jasad mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya selepas pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan kematian mangsa.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengesahkan kejadian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya