Pelancong China lemas di Pulau Mabul

Pelancong China lemas di Pulau Mabul

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMPORNA: Seorang pelancong lelaki warga China ditemukan lemas semasa melakukan aktiviti menyelam di perairan Pulau Mabul di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa berusia 34 tahun ditemukan terapung di permukaan air ketika selesai melakukan aktiviti berkenaan.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintenden Mohd. Sabri Zainol berkata, berdasarkan maklumat daripada pengadu iaitu jurulatih selaman, mangsa bersama empat penyelam lain berada di bawah jagaannya semasa melakukan selaman pada kedalaman 12 meter pada pukul 10.50 pagi.

Katanya, setelah selesai aktiviti kira-kira pukul 12.30 tengah hari, semua penyelam naik dan menyerahkan peralatan masing-masing termasuk mangsa.

“Selepas itu, mangsa dikatakan masih berenang di permukaan air sekitar bot. Apabila semua penyelam telah naik ke atas bot, pengadu mendapati mangsa belum naik. Setelah membuat pemeriksaan, didapati mangsa telah terapung di permukaan air dengan badan dan mukanya telangkup dalam air.

“Dengan bantuan penyelam yang lain, mereka telah mengangkat mangsa ke atas bot dan cuba memberi bantuan pernafasan dan mangsa terus dibawa ke Hospital Semporna. Namun, semasa tiba di hospital, pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya.

Mohd. Sabri berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan proses bedah siasat akan dijalankan dalam masa 48 jam, sekiranya tiada waris yang tampil untuk menuntut mayat mangsa.

Katanya, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintenden Mohammad Ali Amat di talian 013-2120852 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya