Pelajar perempuan parah ditikam bekas teman lelaki

Pelajar perempuan parah ditikam bekas teman lelaki

KESAN darah seorang pelajar perempuan ditikam pelajar lelaki yang juga bekas teman lelakinya di sebuah kampus universiti di Sungai Petani, Kedah pagi ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Seorang mahasiswi sebuah universiti di sini cedera parah ditikam rakannya dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan status hubungan mereka dalam kejadian di hadapan perpustakaan universiti itu, pagi tadi.

Kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu menyebabkan mangsa berusia 19 tahun cedera di bahagian belakang badannya akibat tikaman berulang kali oleh suspek juga berusia 19 tahun.

Akibat tikaman itu, mangsa rebah dan dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk mendapatkan rawatan lanjut dan kini masih berada dalam keadaan kritikal akibat kecederaan dialaminya.

Difahamkan, kejadian membabitkan dua pelajar asasi universiti itu berlaku ketika mangsa dalam perjalanan bersama beberapa rakannya ke perpustakaan berkenaan.

Mangsa dikatakan dihampiri oleh suspek yang merupakan bekas teman lelakinya sebelum dia bertindak menikam belakang badan mangsa. Suspek dikatakan turut mengalami kecederaan di tangan ketika bergelut dengan mangsa.

Difahamkan suspek tidak berpuas hati dengan mangsa kerana memutuskan hubungan mereka yang terjalin sekian lama sejak sama-sama belajar dan tinggal di Butterworth, Pulau Pinang sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail yang dihubungi mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek sudah ditahan polis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya