Pelajar meninggal dunia selepas rebah berhampiran padang sekolah

Pelajar meninggal dunia selepas rebah berhampiran padang sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pelajar lelaki  berusia 14 tahun di sebuah sekolah di Bukit Baru meninggal dunia selepas pengsan secara tiba-tiba berhampiran padang sekolahnya pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi ketika waktu rehat sekolah.

Menurut beliau, sebelum insiden berlaku, pelajar terbabit yang juga atlet bola tampar telah menyertai sesi pendidikan jasmani bersama rakan-rakannya.

“Ketika dalam perjalanan menuju ke kantin selepas kelas, mangsa yang juga pelajar bukan Islam tiba-tiba rebah berhampiran padang sekolah tanpa menunjukkan sebarang tanda awal masalah kesihatan. 

“Guru dan rakan-rakan yang menyaksikan kejadian segera memberikan bantuan sebelum pihak sekolah menghubungi ambulans bagi mendapatkan rawatan kecemasan,” katanya kepada pemberita, hari ini. 

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Melaka dalam keadaan tidak sedarkan diri. Pasukan perubatan bertungkus-lumus memberikan bantuan pernafasan (CPR) selama 30 minit, namun pelajar itu gagal diselamatkan sebelum disahkan meninggal dunia oleh doktor yang merawatnya.

Christopher berkata, setakat ini punca sebenar kematian masih menunggu laporan penuh makmal bagi mengetahui faktor yang menyebabkan kejadian tersebut.

“Bagaimanapun, siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah terlibat dalam kes ini, dan ia diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” tambahnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya