Pegawai MoF maut: Terlalu awal kenal pasti motif kejadian

Pegawai MoF maut: Terlalu awal kenal pasti motif kejadian – Saifuddin

SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerahkan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kes kematian pegawai Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) yang ditemukan maut pagi ini.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, buat masa ini, terlalu awal untuk membuat sebarang kenyataan termasuk punca kejadian.

Beliau berkata, mengikut maklumat awal, penemuan mayat itu berlaku pagi tadi dan proses selanjutnya akan dilakukan pihak polis.

“Pihak polis akan mengenal pasti punca kematian dan menjalankan siasatan menyeluruh bagi mengetahui kedudukan sebenar tentang kejadian itu.

“Masih terlalu awal untuk kita membuat sebarang komen, memadai dengan menyerahkan perkara ini untuk siasatan pihak polis,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Penerapan Nilai-Nilai Murni bersama warga KDN di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pegawai perbendaharaan MoF ditemukan maut di pejabatnya di sini hari ini dan polis mendapati lelaki berusia 45 ditemukan dalam keadaan terbaring di atas lantai pejabat dengan keadaan Ieher dan kaki terjerut menggunakan pengikat kabel.

Setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah dijumpai di tempat kejadian. Kes diklasifikasikan sebagai ‘Sudden Death Report’ (SDR). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya