PDRM siasat ‘Prem Esaan’ didakwa hina agama Islam

PDRM siasat ‘Prem Esaan’ didakwa hina agama Islam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM)  sedang menyiasat tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa membuat hantaran berbaur penghinaan terhadap agama Islam melalui media sosial, baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan dijalankan ekoran daripada satu laporan polis yang dibuat seorang pegawai polis di ibu negara, malam tadi.

Katanya, laporan polis dibuat selepas pengadu mengesan satu hantaran dimuat naik oleh akaun Facebook,  ‘Prem Esaan’ mengandungi perkataan berbaur penghinaan terhadap agama dan umat Islam serta Nabi Muhammad SAW.

“Hasil penelitian yang dijalankan mendapati bahawa hantaran itu mengandungi unsur-unsur yang boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di Malaysia dan mendatangkan kegusaran awam. 

“Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan iaitu kerana kesalahan bagi sebarang perlakuan yang menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan jaringan.

Tegasnya, polis memandang serius perbuatan menghina mana-mana agama di negara ini kerana ia boleh menjejaskan keharmonian dan ketenteraman awam.- UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya