PDRM perkukuh kerjasama serantau, komited jaga keamanan negara

PDRM perkukuh kerjasama serantau, komited jaga keamanan negara

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) terus memperkukuh kerjasama dengan negara-negara ASEAN melalui platform serantau seperti ASEANAPOL dan INTERPOL dalam usaha menangani ancaman jenayah rentas sempadan dan keselamatan siber.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, rakyat perlu menghargai jasa seluruh anggota PDRM atas pengorbanan mereka dalam memastikan keamanan serta kesejahteraan negara sentiasa terpelihara.

“Pada hari penuh bermakna ini, mari kita mengenang dan menghargai jasa serta pengorbanan anggota PDRM yang terus berbakti dan menumpahkan taat setia dalam memastikan keamanan negara tercinta,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

 

Anwar turut mengajak rakyat untuk menghargai pengorbanan anggota PDRM yang bertugas tanpa mengenal waktu, termasuk di bulan Ramadan.

“Sempena bulan Ramadan yang mulia ini, marilah kita merenung dan menghargai jasa anggota PDRM yang bertugas siang dan malam, memastikan kita dapat beribadah serta menjalani kehidupan dengan aman,” katanya.

Beliau berkata, rakyat perlu mengambil tanggungjawab bersama untuk menghargai dan menyokong usaha PDRM dalam memastikan keamanan negara terus berkekalan.

“Semoga PDRM terus cemerlang dalam melaksanakan amanah yang dipikul, dan negara kita terus menikmati keamanan serta kemakmuran yang berpanjangan,” katanya.

Sejarah PDRM telah melalui evolusi panjang, bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka, di mana jawatan Temenggung bertindak sebagai pelaksana dan penguatkuasa undang-undang adat serta syariah.

Peranan pasukan keselamatan ini kemudiannya berkembang dengan penubuhan pasukan polis moden di Pulau Pinang, sebelum diperluaskan ke negeri-negeri lain sehingga membawa kepada pembentukan Pasukan Polis Negeri-Negeri Selat pada tahun 1871.

Sepanjang era Darurat (1948-1960), PDRM melalui Cawangan Khas (Special Branch) memainkan peranan penting dalam mengumpul risikan dan menjalankan operasi mengekang ancaman komunis. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya