Pasangan penagih dadah ditahan dalam kejadian kejar-mengejar

Pasangan penagih dadah ditahan dalam kejadian kejar-mengejar

POLIS menahan dua individu di bawah pengaruh dadah cuba melarikan diri daripada pemeriksaan polis berhampiran Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Dua individu penagih dadah ditahan dalam kejadian kejar-mengejar dengan anggota polis di Ulu Tiram di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian tersebut bermula ketika pasukan Unit Kereta Peronda (MPV) melakukan rondaan pencegahan jenayah di kawasan Jalan Tebrau, di sini.

“Anggota polis terbabit telah mengesan sebuah kenderaan jenis Toyota Altis berwarna putih yang dipandu dalam keadaan mencurigakan pada pukul 4.17 petang. Arahan untuk berhenti bukan sahaja tidak diendahkan, malah juga suspek bertindak agresif memecut kenderaan dalam usaha melarikan diri.

“Pemandu tersebut bukan sahaja enggan berhenti, malah turut memandu secara berbahaya dan melulu dengan melakukan pergerakan zig-zag. Anggota MPV segera bertindak mengejar kenderaan tersebut dan selepas enam minit, kenderaan itu berjaya dipintas di susur masuk ke pekan Ulu Tiram berhampiran Balai Polis Ulu Tiram,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata beliau, hasil pemeriksaan mendapati kenderaan itu dinaiki seorang lelaki berusia 41 tahun dan seorang wanita berusia 33 tahun, kedua-duanya warga tempatan.

“Semakan lanjut mendapati pemandu tidak memiliki lesen memandu dan cukai jalan kenderaan tersebut telah tamat tempoh. Ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis methamphetamine,” katanya.

Jelasnya,  kedua-dua suspek turut mempunyai beberapa rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas, Seksyen 42(1) Αkta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan secara melulu dan berbahaya, Seksyen 26(1) kerana tidak memiliki lesen memandu dan  Seksyen 23(1) cukai jalan tamat tempoh.

Kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas penyalahgunaan dadah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya